Si Doraemon

The Disclaimer





Assalamualaikum fella(s)

Travel This Site



Tagboard



♦ Love Pink Very Much
♦ Happening
♦ Quite sensitive


Jom Tweet ツ



Credits

This skin is made by : Mrs AF
Some helped from :
Unnie Atiqah
Some coding from :
Fatin Hazwani
Using basecode :
Aishah Baharudin

All rights reserved ® Arzlina Aris 1994 - 2013


Best Overnight Ever


Friday 7 June 2013 2:18 am



Assalamualaikum semua . 

16.05.2013 adalah hari paling best ! nak tahu sebab ngape ? sebab keluar Overnight dengan kawan-kawan!     macam- macam kenangan ada . heee :)
Kitorang sewa dua buah kereta Viva jea, muat laa dalam 10 orang kan. Pada asalnya yang patut pergi just dalam 9 orang macam tu tapi yang ada Driving License just sorang so nak selamat kena laa cari lagi sorang Driver. hehee.
Destinasi pertama kitorang adalah KEDAI BUKU , lyena nak habiskan Baucer punya pasal kann shopping jelaa mende yang patut. Dan Destinasi kedua adalah Terminal Larkin , nak ambil kawan dekat Terminal then OFF to City Square ! Kawan mahu jemput dia punya boyfie dekat sana dan sambil itu berjimba la sekali kan. Round-round sampai sakit kaki , and lastly lyena jumpa STARBUCKS ! I am coffee addicted !
Dah minum-minum bagai , lyena ajak diorang pergi THE ZON ! that's not mean kitorang nak dance okayy. Hanya masuk mall The Zon jee , nak beli Chocolate ! heheee . Lepak-lepak dekat LIDO sekejap then Off PANDAN UPTOWN . Lepak dekat situ sampai pukul 12a.m or 1a.m macam tulaa. Serius tak pernah rasa sepenat dan semengantuk itu berjalan,  dah settle shopping semua kitorang mahu menuju ke destinasi yang terakhir iaitu  PANTAI BATU LAYAR . ! Destinasi yang paling di nanti-nanti .
Dalam perjalanan nak pergi BATU LAYAR, kena lalu PASIR GUDANG balik so kena laa lalu depan Hostel yang tercinta ini . Yang lain ada yang dah tidur dah pun duduk dekat belakang , yang lyena Of Course la kena teman driver kan . Memang seram laa masa lalu dekat Highway baru , sebiji kereta pun takde . Sampai-sampai Plaza Tol , macam takde orang yang jaga . Nanti bila langgar palang tu nanti berbunyi pulak kan lepas tu tiba-tiba pulak orang yang jaga tol tu ada . haisshhhh~ Pelikk . Kitorang teruskan perjalanan ke BATU LAYAR . Sebelum simpang masuk Pantai Batu Layar tu ada pulak ROADBLOCK ! Masa tu dah cuak dah sebab Purse Driver nie ada dekat dalam kereta yang lagi satu . Kereta depan dah jalan jauh dah tiba-tiba Eyza dengan Dhiya yang duduk dalam kereta lagi satu turun kereta and diorang lari patah balik sebab tak boleh U-TURN ! Polis tu suruh kitorang ketepi dulu sambil tunggu Eyza dengan Dhiya berlari. hhaha kesian diorang . Pagi-pagi buta dah berJogging .
Secara Kebetulan , abang polis yang jaga tu pulak satu kampung dengan Driver kereta yang lyena naik nie . Sama-sama berasal daripada KELANTAN , so berkecek la diorang . :) . Polis tu tanya nak pergi mana , yang kitorang boleh tipu cakap nak pergi hantar kawan dekat KOTA TINGGI padahal nak pergi berjimba ! hahahaha . :p . Polis tu mintak kitorang punya IC sebab diorang nak ambil maklumat kalau ada apa-apa yang jadi kan. siapa tahu -.-
Lega sangat tak kena saman , semua dah buat muka Gabra takut apa-apa jadi kan. hahaha. First time dapat pengalaman yang sebegini . Lepas tu, kitorang teruskan lah perjalanan ke Destinasi Terakhir . Sampai PANTAI BATU LAYAR dalam pukul 2.30a.m macam tu . Mendengar desiran ombak , pergghhhh ! memang rasa macam nak pergi mandi . After tukar baju semua , Lidaini , Eyza dengan Ayien buat unggun api dekat tepi pantai  . Dengan beralaskan pasir pantai , kitorang pun baring ramai-ramai sambil menunggu SUNRISE ! dan ini hasilnya.....

unggun api





the sun already came out

Masa lyena sedar tu , SUNRISE dah ada depan mata . Seriusly , cantik sangat ! bangun-bangun terus terjun dalam air . Berendam la sekejap then nampak pulak obor-obor yang mengerikan . Lyena menerapungkan diri dalam air yang Ayien pun nak terapung macam Lyena jugak sampai dia nak naik atas badan den . Lomas la den nie hah . Layankan jelaa budak-budak nie hah . Lepas semua naik berendam , siap sedia untuk membilaskan badan dan siap-siap nak balik pulak sebab kereta sewa kena hantar pukul 12p.m so semua kena balik dan semua muka nampak keletihan . Next time , kita akan pergi bersama-sama lagi ehh . 

Thanks to  : LIDAINI, LINDA, DHIYA , EYZA , BEBY ,ADA, AIN, ARIFF , dan MOK kerana spent time together .


Craziest Housemate!


Monday 11 March 2013 1:04 am

ASSALAMUALAIKUM

Pada tarikh 8.03.2013 , lyena dengan Housemate lyena keluar jalan-jalan . Shopping sikit . Yeay ! bunyinya macam jauh sangat jea , tapi dekat terminal Pasir Gudang je pun . Tak mampu nak pergi jauh - jauh .


  
me

Nadia & Ayul

shopping time =)

ada, aza, ayien, lyena and ayul
aza ( newly housemate)

she is my daughter ! >_<

senyum sampai rabak
weird face =p

Happy sangat kalau dapat keluar dengan semua tapi masa nie pieya dengan zana balik kampung so tak dapat la nak keluar ramai-ramai . Mesti lagi Fun kan . Sebenarnya, kitorang plan nak main bowling tapi masa tak cukup . Takut pulak sampai malam , sebab mana ada bas malam-malam just teksi jea. Kalau nak jalan kaki pulak , memang somputlah den . 

one more thing , next semester Ayul, Pieya, Aza, Faezah and Nadia dah pergi practical for 3 month !. mesti rindu dekat diorang .. hmmm. yang tinggal dalam rumah nanti just 4 orang jelaa.. Sunyi je rumah nanti sambil bertemankan bunyi cengkerik .. Ape-ape pun , GoodLuck korang ! 

Okey laa, lyena nak tidur dulu. next time lyena sambung lagi. selamat Malam. assalamualaikum.



ouchhh Melting !


12:23 am

assalamualaikum for everyone yang read this Entry .

Now, let I talk about LOVE . hahaha . awak telah membuatkan saya Melting setelah sekian lama saya Frozing ! dia telah membuatkan saya tersenyum sorang-sorang dengan mengatakan *boleh saya bercakap dengan pemilik tulang rusuk kiri saya*  ouccchhhhh . nak tahu tak siapa yang cakap ? ADALAH ! hee.

Sebenarnya lyena kenal dia since Form 3 , tapi dengan hal yang tidak diundang lyena lost contact dengan dia . After heartbreak , lyena searching dia . Then dapat tahu dia still tak tukar lagi no. phone even dah lama gila tak contact . Oh, pelik juga kenapa dia still tak tukar lagi no phone. Selalunya kalau orang lain dah berpuluh - puluh no.  Dan dia still RARE macam dulu, tapi dia sweet kalau kita pandai . =)

Lyena cuba berkawan balik dengan dia, sebab rasa bersalah gila dulu lyena ignore dia. At first lyena just anggap dia macam abang-abang jea sebab umur dia pun dah 21 . Dia pun panggil lyena adik. heee. Kalau nak tahu , dia dulu sebenarnya pernah jadi BF lyena before CAPITAL A . Aahhhhh ! malas laa nak cerita kisah-kisah zaman Jahiliah nie.

Now back to our topic . hee. Lyena tak sangka dia boleh cakap macam tu, lyena MELTING sangat ! tapi cover laa masa dia cakap tu. and tak tahu laa kalau dia bergurau ke ape, lelaki kan suka guna ayat yang manis-manis. hmm, MENYAMPAH ! try Umpan perempuan yea ? Choyyy !




Cinta boleh membuatkan kita LongLai kan ? so sediakan lah perisai dan bala tentera seramai-ramainya sebelum Cinta dapat menindaskan kita. heehe. Untuk hari nie lyena cerita sampai sini jea eh . SELAMAT MALAM . ASSALAMUALAIKUM.

Blood donation


Monday 18 February 2013 10:32 pm

Assalamulaikum semua. Pagi hari ahad (17.02.2013), punyalah lyena semangat siap awal-awal cause nak pergi derma darah dekat depan Pasaraya Maslee kononnya. Sebab first time derma darah hari tu pun masa 13.10.2012, dah empat bulan laa kiranya kumpul darah balik. huhuu. Nurse tu kata dalam masa setahun, kita boleh derma 6kali je.

Beria punya beria, lyena isi laa borang untuk second donation. Nurse tu ambil la darah lyena sikit untuk tengok lyena nie lepas ke tak untuk derma. nurse tu ada tanya,' Cukup tidur tak ?' lyena cakap la 'cukup kot' hahaaa. Nampak tak dekat situ. .=..=

Macam tak lepas je kali nie, dah laa sakit tekak, batuk lagi,  asthma lagi, lagi-lagi tengah sejuk2 nie. memang laa. Nurse tu check, dia cakap lyena tak lepas sebab lyena just ada 12.2 je . Maybe tekanan ke mende tahh. They need 12.5 and above . Nurse tu kata, "darah awak cukup untuk awak je nie. tak boleh derma la adik. Maaf".. Haaaaa !!! tak cukup ? tokojut eden eh. Badan bosar pun tak cukup darah .. hmmm

Dengan hampanya, balik laa hostel . Maybe next time la kot, nasib baik la diorang ada buat dekat2 so senang laa nak pergi lagi. huhhuu. Masa first time derma hari tu, ada laa mintak opinion from my cicak kering(brother). Dia cakap kalau lepas derma tangan kau akan lenguhh, memang punn ! lenguhh gila.


Then dia ada cakap jugak, kau kena jaga makan kalau nak makan time kau betul2 lapar je. Kalau tidak, makin GEDEMPOL laa kau. haha . Memang gedempol pun laa.  choyy. cicak kering yang
gilaa . nie haa dia :


cicak kering. =p

okeyy laa, sampai nie jela lyena nak cerita . huhu . 20-24 hb nie ada festival layang2 sedunia tau dekat PasirGudang . Dari hostel nak pergi taman layang2 takda lahh jauh sangat, tapi kalau nak berjalan kaki kena spare Inhaler laa. Eeeee ! excited pulak. Jumpe dekat taman okey. Love you lahhh. >_~

Assalamualaikum semua.


Colegge ohh College


Sunday 17 February 2013 3:52 am

Assalamualaikum, lyena dekat sini nak cakap HAI ! ! da la lama tak berblogging nie . sekarang lyena dah guna blogskin. Meriah kan lagi blog nie. Ecehhh.. Sekarang lyena dah sambung study dekat KFCH International College, dah nak habis semester ke dua dah. hee. Sorry cause baru nak update. Korang jarang dengar kan nama College nie  kan ? memang laa. Lagipun college nie baru nak dua tahun. hee .



ini laa college saya 



By The way, best jugak laa study dekat sini cause dapat cuci mate. Wuuuuuu~ and lyena tak berapa suka kalau time nak balik hostel. Choyyy! Mesti berjuang untuk dapatkan seat dalam bas, kalau terasa dihimpit or tersangkut dekat tangga bas itu perkara biasa. Kami student Kfch bayar untuk bas nie.Hak berebut hak kami!! hahaha. Nampak tak dekat situu betapa agresivenye student Kfch. Dan satu lagi soalan yang sering dituju kepada kami, contohnyaa.. "waa, untunglah dapat makan kfc hari2 cause nama college pun kfc."

Untuk pengetahuan awak,awak dan awak semua. College nie actually ada course yang melibatkan hospitality or industrial. Korang faham ? tak kan ? haaaa, sebab tu kitorang belajar. hahaa 

Lagipun credit yang diperlukan untuk register dekat sini sikit je just 3credit jee. senang kann. Sekarang kan student pandai2, susah sangat ke ? hahaa. Lagipun lyena takdelah sepandai awak semua.
Selagi kita boleh sambung belajar, menuntut lah ilmu sampai Liang Lahad. In shaa Allah boleh.. Lecturer dekat sini pun best2 tau. =). Korang adikk2,akak2 dan abang2 dekat luar sana tu, jom la masuk college Kfch yang tak berapa gah nie. Kita kasi roboh ini Colege laa. 

One more thing is dekat sini lah kita dapat kenal kawan2 kita from the other country kann. haa, tak semestinya kawan yang selalu bersama kita itu baik. Kenal dia betul2, jangan dah terhantuk baru nak tergadah. Okeyy laa, bantal mucuukk kita dah panggil2 tuu. Esok nak pergi donate blood dekat depan pasaraya Maslee . *orang Johor je yang tahu*heehe

Assalamualaikum everyone.



GROW WITH US.

aku dan mereka


Sunday 16 September 2012 2:14 pm


 video ini hanyalah untuk suka-suka .


   


Masa ini time bersekolah lagi, memang dah rancang lama dah nak buat video ini tapi sekarang baru upload.. takde la best mane just biasa-biasa sahaja.


MAYBE we will be friend forever..
In Shaa Allah




sahabat DAN kawan


Saturday 15 September 2012 3:12 pm


perbezaan antara SAHABAT dengan KAWAN..



NAJWA LATIFF- SAHABAT


 





Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.



#Tak Semua Kawan Boleh Jady Sahabat . Sahabat Selalu Ada Time Kite Susah Atau Pun Senang , Sedih Atau pun Gembire . Tapi Kawan ?
kawan boleh jadi lawan right, macam itulah yang terjadi sekarang

#..
maybe dia bukan sahabat, tapi kawan . . kerana, dulu aku sangka dia sahabat but sekarang dia adalah kawan . . sedarlah, maknanya sangat berlainan.. 

      jangan mudah menjADikan dia SAHABAT kalau kita tak tahu perangai dia, baik buruk dia. kerana kita akan menyesal menganggap dia sebagai sahabat.  seriuosly, aku tak faham dia. aku tak tahu dia siapa sebenarnya dan aku tak sangka dia begitu. dan dia bukan untuk kitorang . . mungkin kita adalah kawan dan mungkin dia akan menjadi SAHABat kalau dia berubah tetapi dia tidak mungkin akan berubah tanpa adanya kesedaran .. sedarlah wahai kawan, kamu perlu berubah menjadi yang lebih baik .dan sedarlah wahai sahabat kamu juga perlu menjaga adab mu . mulut kadang kala terlepas cakap, tetapi hati kadang kala menyesal dengan perbuatan sendiri. Dia lain dari jangkaan aku,  mungkin dia tak sedar tapi nasihat aku ni nak sedarkan kau yang kau makin dibenci orang.. jagalah kelakuan kawan ~ . dirimu makin menjadi buah mulut orang , tapi kau tak tahu kan . at least berubahlah .. 

 -the eND-